SM1JPJ jadi pendinding masalah sosial
SHAH ALAM: Skuad Muda 1 JPJ (SM1JPJ) mampu menjadi pendinding golongan muda daripada terjebak dengan gejala yang boleh meruntuhkan bangsa.
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihaknya sudah merangka pelbagai program khusus untuk memastikan misi itu menjadi kenyataan.
"Adalah menjadi hasrat Kementerian agar skuad ini menjadi pendinding kepada golongan muda dari terjebak di dalam gejala-gejala yang mampu meruntuhkan negara bangsa. Dalam dunia tanpa sempadan, kita berhadapan pelbagai gejala negatif seperti kecenderungan segelintir pihak yang mempergunakan golongan belia,'' katanya.
Hishammuddin berkata demikian semasa melancarkan SM1JPJ di Univesiti Teknologi Mara (UiTM) di sini.
Jelasnya, pelancaran skuad berkenaan pada Ogos tahun lalu, dan pelbagai inisiatif lain akan menyusul sebagai sebahagian pelan transformasi Kementerian Pengangkutan.
SM1JPJ antara lain menjadikan anggota skuad sebagai 'mata dan telinga' bagi melaporkan kesalahan pengguna jalan raya.
Kata Hishammuddin, kekuatan anggota penguatkuasa seramai kira-kira 4,500 orang menjadi cabaran besar dalam memastikan tugas diamanahkan dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.
"Saya percaya skuad ini mampu menggalas tanggungjawab untuk memastikan semua golongan rakyat yang layak memiliki lesen memandu dilesenkan secara sah,'' ujarnya.
Pada majlis sama beberapa tokoh sukan dan hiburan dilantik menjadi ikon SM1JPJ.
Antaranya, bekas pelumba motosikal profesional, Wazi Abdul Hamid, pemain bolasepak , Hairudin Omar, penyanyi, Jalaludin Elias atau Nash dan pelakon Pekin Ibrahim.
Mereka berpendapat pemilihan itu dilihat menjadi suntikan semangat kepada orang ramai untuk mematuhi peraturan jalan raya.

Comments
Post a Comment