Pesan makan ikut emosi

Agensi
Beijing: Peminat ayam goreng kini berpeluang memesan makanan kegemaran mereka dengan hanya melihat pada kamera.
Syarikat makanan segera, KFC, memperkenalkan sistem pengenalan muka di cawangan barunya di China yang diprogramkan untuk meramalkan pesanan pelanggan selepas mengimbas muka pelanggan.
Menurut laporan People’s Daily Online, mesin berkenaan menganalisis maklumat seperti jantina, umur dan emosi pelanggan sebelum mengesyorkan makanan dan minuman untuknya.
Teknologi baru itu boleh diperoleh di restoran konsep KFC yang dikenali sebagai KFC Original+ di Beijing.
Dengan merakam gambar muka pelanggan di depan skrin, teknologi yang digunakan membolehkan pelanggan berinteraksi menerusi emosi dan pergerakan.
Ia hasil kerjasama antara KFC dan Baidu, syarikat Internet yang menguruskan laman pencarian laman web di China.
Ia bagaimanapun adalah restoran kedua seumpamanya di negara itu dengan yang pertama sudah dirasmikan di Shanghai.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 January 2017 @ 5:25 AM

Comments

Popular posts from this blog

KATA KERJA ( TRANSITIF & TAK TRANSITIF )

SISTEM EJAAN DAN SEBUTAN BAKU

KATA NAMA