Program usahawan tani atasi pengangguran

MASJID TANAH: Isu pengangguran luar bandar dilihat berpotensi ditangani melalui pembabitan dalam program usahawan tani, kata EXCO Pertanian dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Hasan Abdul Rahman.
Bagi tujuan itu, katanya kerajaan negeri melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bakal membincangkan secara mendalam, sekali gus menyasarkan pembabitan individu di bawah usia 40 tahun selain pelajar yang tidak berpeluang melanjutkan pengajian.
"Kita mahu menjadikan pasar tani sebagai katalis perubahan dalam menangani isu pengangguran luar bandar, di mana FAMA bertindak sebagai teras kepada Program Basmi Pengangguran. Ia sekali gus membuka ruang untuk meningkatkan sumber pendapatan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan pelancaran Pasar Tani Khas Pra Syawal di Tapak Pasar Masjid Tanah, di sini, hari ini.
Hadir sama, Pengarah FAMA negeri, Mohd Nawi Othman dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Ismail Hasim.
Dalam perkembangan lain, Hasan berkata, pasar tani menyasarkan RM10.5 juta hasil jualan sepanjang tahun ini berbanding RM10.2 juta pada tahun lalu.
Katanya lagi, peningkatan sasaran itu susulan sambutan yang memberangsangkan menerusi penyertaan seramai 500 peniaga pasar tani di 18 lokasi di seluruh negeri ini.
Beliau berkata, pihaknya turut menerima sebanyak 220 permohonan penyembelihan dan pemeriksaan kesihatan haiwan membabitkan 550 ekor lembu, 80 ekor kerbau dan lapan ekor kambing.
"Setakat ini, kita tidak berdepan masalah kekurangan daging lembu pada Syawal kali ini, selain kesemua haiwan yang diperiksa dalam keadaan sihat dan selamat," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

KATA KERJA ( TRANSITIF & TAK TRANSITIF )

SISTEM EJAAN DAN SEBUTAN BAKU

KATA NAMA