Posts

Showing posts from July, 2017

KATA GANDA

Kata Ganda Seluruh 1)        Digunakan pada kata dasar yang diulang atau digandakan seluruhnya Contoh bunga – bunga-bungaan 2)        mesti diberi tanda sempang (-) 3)        menyatakan makna a)        Jamak atau banyak Contoh buku-buku, batu-batu, bintang-bintang b)        Tunggal atau satu Contoh anai-anai, oleh-oleh c)        Banyak yang bersifat Contoh mahal-mahal, murah-murah, merah-merah d)        Menguatkan keterangan Contoh sunguh-sungguh, baik-baik Senarai Kata Ganda Seluruh Jenis Kata Ganda Seluruh Contoh Kata Nama Anai-anai, gula,gula, mata-mata, rama-rama, kanak-kanak, kura-kura, labah-labah, laying-layang a)        Labah-labah  itu sedang membuat sarang b)        Layang-layang terbang tinggi Kata Adjektif Besar-besar, cantik-cantik, mahal-mahal, murah-murah, sihat-sihat, tebal-tebal c)        Rumah disitu  besar-besar d)        Makanan itu  enak-enak Kata Kerja Baring-baring, duduk-duduk, makan-makan, tidur-tidur e)  

KATA KERJA ( TRANSITIF & TAK TRANSITIF )

Kata kerja ialah kata yang digunakan untuk menerangkan sesuatu perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu oleh manusia, haiwan atau benda. Kata kerja terditi daripada : Kata kerja transitif Kata kerja tak transitif KATA KERJA TRANSITIF Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh objek yang terdiri daripada frasa nama sebagai predikat dalam ayat. Contoh ayat : Kakak suka menonton drama. (Kata kerja “menonton mesti disertai dengan objek, iaitu “drama” supaya maksud ayat ini lengkap) Emak sedang menjahit baju. (Kata kerja “menjahit” mesti disertai dengan objek iaitu “ baju” supaya maksud ayat ini lengkap) Terdapat beberapa bentuk kata kerja transitif, iaitu: Bentuk Kata Kerja Transitif Contoh Contoh ayat Kata kerja berawalan ter- Terlanggar, termakan, terpijak Ibu termakan coklat adik. Kata kerja berawalan meN- Mencuci, menendang, memandu Adik menendang bola di padang. Kata kerja berapitan meN…-i Menaiki,m

PENGENALAN BAHASA MALAYSIA

Bahasa Malaysia merupakan bahasa kebangsaan  negara Malaysia  yang mengikuti piawaian ditetapkan Dewan Bahasa Dan Pustaka . Bahasa Malaysia lebih daripada 80% kognitif dengan Bahasa Indonesia  dan dituturkan asli oleh lebih daripada 10 juta orang. Bahasa Malaysia dituturkan sebagai bahasa kedua oleh 18 juta orang, sebahagian besar etnik minoriti negara Malaysia.  Namun begitu, Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia , menyebut bahawa: "Bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu ". SEJARAH Bahasa ini dipanggil dengan pelbagai nama, namun nama yang paling popular ialah "Bahasa Melayu" dan "Bahasa Malaysia". Namun begitu, di Malysia, kekeliruan telah muncul dalam kalangan rakyat mengenai nama apakah yang patut digunakan untuk bahasa kebangsaan negara itu secara tepat dan muktamad. Ada pihak yang menganggap "Pada era kemerdekaan Malaysia, Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri pertamanya memperkenalkan istilah "Bahasa Malaysia"