PENGENALAN BAHASA MALAYSIA

Bahasa Malaysia merupakan bahasa kebangsaan negara Malaysia yang mengikuti piawaian ditetapkan Dewan Bahasa Dan Pustaka. Bahasa Malaysia lebih daripada 80% kognitif dengan Bahasa Indonesia dan dituturkan asli oleh lebih daripada 10 juta orang. Bahasa Malaysia dituturkan sebagai bahasa kedua oleh 18 juta orang, sebahagian besar etnik minoriti negara Malaysia. Namun begitu, Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, menyebut bahawa: "Bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu".

SEJARAH

Bahasa ini dipanggil dengan pelbagai nama, namun nama yang paling popular ialah "Bahasa Melayu" dan "Bahasa Malaysia". Namun begitu, di Malysia, kekeliruan telah muncul dalam kalangan rakyat mengenai nama apakah yang patut digunakan untuk bahasa kebangsaan negara itu secara tepat dan muktamad.
Ada pihak yang menganggap "Pada era kemerdekaan Malaysia, Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri pertamanya memperkenalkan istilah "Bahasa Malaysia" sebagai nama untuk bahasa kebangsaan Malaysia. Istilah ini kemudiannya diguna pakai secara meluas." Sebenarnya istilah Bahasa Malaysia itu tidak disumbangkan oleh YAB Tunku Abdul Rahman, tetapi timbul secara spontan selepas tragedi 13 Mei 1969. Hal ini terbukti dalam liputan akhbar pada masa tersebut. Pada masa itu, wujud semacam persetujuan ramai terhadap istilah Bahasa Malaysia. Namun, Perlembagaan Malaysia tidak berubah.
Pada tahun 1986, istilah "Bahasa Malaysia" ditukar kepada "Bahasa Melayu". Penukaran ini dibuat selaras dengan apa yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malysia, iaitu: "Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melaysia".
Namun begitu, pada 4 Jun 2007 , kabinet malaysia telah membuat keputusan untuk menukarkan penggunaan "Bahasa Melayu" kepada "Bahasa Malaysia". Kabinet mengarahkan semua kementerian, universiti dan pusat pengajian tinggi supaya memaklumkan jabatan serta agensi berkaitan untuk menggunakan istilah "Bahasa Malaysia" dalam surat-menyurat, notis dan dokumen. Rasionalnya adalah untuk menanam semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.Pada 5 November 2007, Menteri Penerangan Malaysia, Datuk Seri Zainuddin Maidin, menegaskan lagi bahawa penggunaan istilah baru "Bahasa Malaysia" adalah muktamad.

KAEDAH MENULIS


Penulisan bahasa Melayu telah mengalami beberapa perubahan dan menggunakan beberapa jenis huruf yang saling berganti. Tulisan yang pertama dipakai ialah tulisan Pallava yang berasal dari India. Tulisan Pallava ini kemudian mengalami perubahan. Oleh itu, timbul jenis-jenis tulisan seperti berikut:
Dalam zaman pascamoden, Bahasa Malaysia biasanya ditulis dalam tulisan rumi dan kadangkalanya dalam tulisan jawi untuk pengupacaraan agama. Tulisan Rumi merupakan sistem penulisan rasmi Bahasa Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Tulisan tersebut paling kerap digunakan dalam kehidupan seharian. Walau bagaimanapun, tetap ada pelbagai usaha yang dilancarkan untuk menghidupkan semula kaedah penulisan Jawi.
Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia pula merujuk kepada sistem ejaan yang telah diisytiharkan penggunaannya serentak di Kuala Lumpur dan di Jakarta pada tanggal 16 Ogos 1972. Di Kuala Lumpur, pengisytiharan tersebut dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak bin Hussain manakala di Jakarta, pengisytiharan tersebut dilakukan oleh Presiden Suharto. Mulai saat itu, bahasa Melayu di Malaysia dan bahasa Indonesia menggunakan sistem ejaan yang sama.

Skop penggunaanSunting

Bahasa Malaysia dijadikan bahasa rasmi tunggal di Semenanjung Malaysia pada 1968, dan di Sabah dan Sarawak mulai 1974. Walaupun status Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi disangkalkan dan penglibatannya dalam hal ehwal pentadbiran dikurangkan, Bahasa Inggeris turut merupakan sebuah bahasa kedua yang penting.

Pengaruh daripada bahasa asingSunting

Sejak zaman kuno, Bahasa Malaysia telah lama banyak menyerap pengaruh bahasa-bahasa asing seperti Sanskrit, Inggeris, Portugis, Jawa, Arab dan sebagainya.[11]

Pengaruh SanskritSunting

Pengaruh PortugisSunting

Terdapat 131 perkataan yang berasal daripada bahasa Portugis.[12] Beberapa contoh perkataan Portugis yang diserap dalam bahasa Melayu ialah:
Bahasa PortugisBahasa Melayu
ArmarioAlmari
BolaBola
CamisaKemeja
DadoDadu
KursiKerusi
GarfoGarpu
IgrejaGereja
LimaoLimau
MenteigaMentega
DomingoMinggu
PadrePaderi
MenteigaMentega
ToalhaTuala
JanelaJendela
EscolaSekolah
SabadoSabtu
SabaoSabun
SapatoSepatu

Pengaruh Jawa

Bahasa pasar dan penggunaan kontemporariSunting

Zaman kontemporari telah memperlihatkan perkembangan perbendaharaan bahasa pasar dalam Bahasa Malaysia. Antara perbendaharaan tersebut diwujudkan ekoran perpendekan bahasa asal. Bahasa ini tidak dikenali generasi lama. Antara perkataan tersebut. awek/cewek (perempuan); balak/cowok (lelaki); gak/nggak (tidak); no usha (tinjau); skodeng (intai); cun (cantik); poyo/slenge (teruk, mutu rendah) dan lain-lain. Kata ganti nama majmuk baharu telah dibentuk daripada kata ganti nama asal dan perkataan orang. Contohnya, kitorang (kita + orang, ganti kami); korang (kau + orang, "kamu semua"); diorang atau derang (dia + orang, "mereka").
Antara perkataan yang digunakan dalam abad ke-21:
Perkataan
Tidak Rasmi
Perkataan Rasmi
bleh/lehboleh/dapat
tak lehtidak boleh/tidak dapat
koengkau/kamu/awak
napekenapa
camnemacam mana/bagaimana
gi/pegipergi
katdekat/di
nemana
tautahu
je/ajasahaja
a'ahya
awek/minahteman wanita
pakwe/balak/mamatteman lelaki
skodengmengintai
cuncantik/lawa
jommari/ayuh
poyo/selengeteruk/buruk
blahberedar
mehmari
apsal/salapa pasal/apa hal
tak yahtidak payah
pastuselepas itu/habis itu
amikambil
pekenamakan/minum
camtumacam itu

Comments

Popular posts from this blog

KATA KERJA ( TRANSITIF & TAK TRANSITIF )

SISTEM EJAAN DAN SEBUTAN BAKU

KATA NAMA