Posts

Showing posts from September, 2017

TOKOH BAHASA KEBANGSAAN

Image
Ungku Aziz YM Prof. Diraja   Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid  (dilahirkan di  London ,  United Kingdom  pada 28 Januari 1922) merupakan seorang tokoh yang paling disegani terutamanya dalam bidang pendidikan. Selain itu, beliau juga adalah seorang ahli ekonomi yang banyak menyumbang idea kepada agama, bangsa dan negara. Beliau pernah memenangi  Hadiah Budaya Asia Fukuoka  IV pada tahun 1993. Keluarga Beliau merupakan keturunan diraja  Johor . Bapanya,  Ungku Abdul Hamid bin Ungku Abdul Majid  merupakan seorang Leftenan dalam pasukan tentera  Timbalan Setia Negeri Johor  (JVC). Ibunya bernama Hamidah bte Abdullah, rakyat Turki yang beragama Islam . Pada 1924, ibunya meninggal dunia ketika Ungku Aziz berusia dua tahun. Setelah dilahirkan di London, beliau dibawa pulang ke  Batu Pahat ,  Johor . Datuknya, Ungku Abdul Majid membawanya menjelajah ke serata Eropah. Ayahnya seorang yang pintar dan pernah belajar di Universiti Cambridge dan boleh menguasai bahas