Ibu bapa main peranan penting elak generasi muda terjebak masalah sosial
MELAKA : Ibu bapa memainkan peranan penting dengan sentiasa mengawasi gerak-geri anak mereka bagi mengelakkan generasi muda terjebak dalam gejala sosial. Exco Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan Melaka Datuk Latipah Omar berkata peranan ibu bapa penting kerana antara faktor utama berlakunya masalah sosial adalah disebabkan kegagalan ibu bapa dalam mendidik anak-anak, terutamanya didikan agama dan moral. Katanya perkembangan pesat teknologi hari ini turut menyumbang kepada penyebaran pengaruh negatif terutamanya laman sosial dan rakan sebaya yang perlu dikawal ibu bapa. "Sehubungan itu, semua ibu bapa perlu mengambil berat tentang perkembangan dan masalah yang dihadapi anak masing-masing terutamanya ketika berada di sekolah. "Perbincangan dengan guru perlu lebih kerap diadakan bagi mengetahui perkembangan pelajaran dan disiplin anak mereka ketika menjalani sesi persekolahan," katanya ketika dihubungi Bernama. Latipah berkata demikian ketika dim