'My Local Maid' atasi pengangguran

“BUKAN untuk mencari keuntungan, sebaliknya kami ingin membantu orang susah termasuk ibu tunggal mendapatkan pekerjaan,”€ kata Wan Roslan Wan Othman yang menganjurkan Program My Local Maid bersama beberapa rakan dalam kalangan profesional.
Menurutnya, melalui program itu, pihaknya menawarkan pekerjaan sebagai pembantu rumah secara kontrak dengan gaji antara RM1,000 hingga RM1,500 sebulan selain beberapa manfaat seperti penyediaan makan minum dan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
“œAtas kesedaran dan tanggungjawab kami untuk membantu individu tidak bekerja mendapatkan pekerjaan, kami juga masuk ke kampung-kampung menawarkan peluang ini,”€ katanya ketika dihubungi.
Wan Roslan berkata, sejak program itu diperkenalkan pada Mei lalu, ramai yang sudah mendapat pekerjaan dan mengubah nasib hidup.
“€œMereka adalah dalam kalangan lepasan sekolah, malah ada tidak pandai membaca. Mereka bekerja di rumah majikan di beberapa kawasan seperti di Terengganu, Kelantan, Kedah, Perak, Kuala Lumpur dan Selangor.
“€œKebajikan mereka seperti cuti, rehat dan waktu untuk beribadat terjamin. Semuanya terkandung dalam perjanjian dipersetujui antara pihak kami, pekerja dan majikan. Kepada mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut dan mendapatkan pekerjaan boleh menghubungi kami di talian 019-9933868,” katanya.
Harian Metro hari ini melaporkan, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) mengelolakan program Pengurus Kediaman atau Home Manager (HM) yang turut disertai mereka berkelulusan diploma dan sarjana muda.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Ogos 2017 @ 12:01 AM

Comments

Popular posts from this blog

KATA KERJA ( TRANSITIF & TAK TRANSITIF )

SISTEM EJAAN DAN SEBUTAN BAKU

KATA NAMA