Johor rangka pelbagai program atasi pengangguran

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan negeri menerusi Unit Swadaya Insan Negeri Johor merangka pelbagai program untuk mengurangkan pengangguran dalam kalangan belia, selain menyediakan latihan semula untuk siswazah menganggur.
Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia Johor, R Vidyananthan, berkata inisiatif yang dilakukan termasuk memperkenalkan Program 'Zero to Hero' di seluruh negeri membabitkan seramai 300 belia yang tercicir dari pelajaran tetapi mempunyai nilai produktif.
Katanya, program itu bertujuan mengoptimumkan guna tenaga dalam kalangan rakyat Johor, selain dapat membantu menjana ekonomi negeri menerusi pengwujudan peluang kerjaya membabitkan aspek kemahiran.
"Unit Swadaya juga akan mengenal pasti siswazah menganggur lebih tiga tahun untuk dilatih semula dalam bidang yang mempunyai permintaan tinggi dalam kalangan industri seperti juru ukur bahan dan penyelia keselamatan tapak binaan.
"Kita juga akan meneruskan Program Kembara Kerjaya yang nyata dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat Johor di samping menjadi medium yang sangat efektif untuk bertemu rakyat khususnya di kawasan luar bandar," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ismail Roslan (BN-Semerah) dan Lau Chin Hoon (BN-Pemanis) pada sidang Dewan Undangan Negeri hari ini.

Comments

Popular posts from this blog

KATA KERJA ( TRANSITIF & TAK TRANSITIF )

SISTEM EJAAN DAN SEBUTAN BAKU

KATA NAMA