Posts

TOKOH BAHASA KEBANGSAAN

Image
Ungku Aziz YM Prof. Diraja   Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid  (dilahirkan di  London ,  United Kingdom  pada 28 Januari 1922) merupakan seorang tokoh yang paling disegani terutamanya dalam bidang pendidikan. Selain itu, beliau juga adalah seorang ahli ekonomi yang banyak menyumbang idea kepada agama, bangsa dan negara. Beliau pernah memenangi  Hadiah Budaya Asia Fukuoka  IV pada tahun 1993. Keluarga Beliau merupakan keturunan diraja  Johor . Bapanya,  Ungku Abdul Hamid bin Ungku Abdul Majid  merupakan seorang Leftenan dalam pasukan tentera  Timbalan Setia Negeri Johor  (JVC). Ibunya bernama Hamidah bte Abdullah, rakyat Turki yang beragama Islam . Pada 1924, ibunya meninggal dunia ketika Ungku Aziz berusia dua tahun. Setelah dilahirkan di London, beliau dibawa pulang ke  Batu Pahat ,  Johor . Datuknya, Ungku Abdul Majid membawanya menjelajah ke serata Eropah. Ayahnya seorang yang pintar dan pernah belajar di Universiti Cambridge dan boleh menguasai bahas

Ibu bapa main peranan penting elak generasi muda terjebak masalah sosial

MELAKA : Ibu bapa memainkan peranan penting dengan sentiasa mengawasi gerak-geri anak mereka bagi mengelakkan generasi muda terjebak dalam gejala sosial.  Exco Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan Melaka Datuk Latipah Omar berkata peranan ibu bapa penting kerana antara faktor utama berlakunya masalah sosial adalah disebabkan kegagalan ibu bapa dalam mendidik anak-anak, terutamanya didikan agama dan moral. Katanya perkembangan pesat teknologi hari ini turut menyumbang kepada penyebaran pengaruh negatif terutamanya laman sosial dan rakan sebaya yang perlu dikawal ibu bapa. "Sehubungan itu, semua ibu bapa perlu mengambil berat tentang perkembangan dan masalah yang dihadapi anak masing-masing terutamanya ketika berada di sekolah. "Perbincangan dengan guru perlu lebih kerap diadakan bagi mengetahui perkembangan pelajaran dan disiplin anak mereka ketika menjalani sesi persekolahan," katanya ketika dihubungi Bernama. Latipah berkata demikian ketika dim

Masalah sosial, jenayah: jangan salahkan media sosial semata-mata - KKMM

Kesalahan di internet dan media sosial tidak hanya termaktub di bawah bidang kuasa pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia semata-mata. Gambar hiasan KUALA LUMPUR : Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) menjelaskan permasalahan sosial dan jenayah termasuk kes penculikan remaja di bawah umur, seks bebas, pelacuran dan dadah boleh berlaku melalui pelbagai medium dan tidak semestinya berpunca daripada penggunaan aplikasi media sosial semata-mata. Bagaimanapun, KKMM sentiasa mengambil tindakan berbentuk memberi kesedaran dan pendidikan bagi memupuk budaya penggunaan aplikasi media sosial dan media baharu secara bijaksana, yang dilihat dapat membantu di dalam usaha pembangunan rohaniah, pembangunan individu, serta pembangunan negara yang lebih positif, kata KKMM dalam satu jawapan bertulis di persidangan Dewan Negara hari ini. KKMM menjawab soalan Senator Datuk Mustafa Kamal Mohd Yusoff yang meminta kementerian menyatakan berapa banyak aplikasi sosial boleh membawa kepada

SM1JPJ jadi pendinding masalah sosial

SHAH ALAM : Skuad Muda 1 JPJ (SM1JPJ) mampu menjadi pendinding golongan muda daripada terjebak dengan gejala yang boleh meruntuhkan bangsa. Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihaknya sudah merangka pelbagai program khusus untuk memastikan misi itu menjadi kenyataan. "Adalah menjadi hasrat Kementerian agar skuad ini menjadi pendinding kepada golongan muda dari terjebak di dalam gejala-gejala yang mampu meruntuhkan negara bangsa. Dalam dunia tanpa sempadan, kita berhadapan pelbagai gejala negatif seperti kecenderungan segelintir pihak yang mempergunakan golongan belia,'' katanya. Hishammuddin berkata demikian semasa melancarkan SM1JPJ di Univesiti Teknologi Mara (UiTM) di sini. Jelasnya, pelancaran skuad berkenaan pada Ogos tahun lalu, dan pelbagai inisiatif lain akan menyusul sebagai sebahagian pelan transformasi Kementerian Pengangkutan. SM1JPJ antara lain menjadikan anggota skuad sebagai 'mata dan telinga' bagi m

Disiplin: Berilah pandangan, kementerian sudah buat cadangan

KUALA KUBU BHARU : Kementerian Pendidikan meminta Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) dan persatuan ibu bapa, mengemukakan cadangan terbaik membanteras isu pelajar bermasalah. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata pihak berkaitan perlu beri cadangan jika tidak bersetuju dengan cadangan kementerian untuk menempatkan pelajar bermasalah disiplin yang teruk, menjalani program pemulihan di penjara dan lokap. "Saya mengalu-alukan persatuan dan ibu bapa untuk menyumbangkan idea dan memikirkan kaedah bagaimana untuk mengatasi masalah buli di sekolah. "Kementerian sudah mengemukakan cadangan mengatasi masalah disiplin supaya ketua pembuli dan pelajar samseng yang melakukan tindakan serius sedar dan insaf kesilapan mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Hulu Selangor, hari ini. Yang turut hadir, Ahli Parlimen Hulu Selangor, Datuk P Kamalanathan dan Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor, Dat

Pelajar 'gangster' dihantar ke lokap, penjara

Image
Tampin: Pelajar yang mempunyai masalah disiplin serius, akan dihantar menjalani program pemulihan di penjara dan lokap dalam usaha Kementerian Pendidikan memerangi gejala sosial di sekolah. Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata program yang sedang dirangka itu dijangka siap tidak lama lagi sebelum dilaksanakan secara rasmi. "Buat permulaan, program ini akan membabitkan kumpulan pelajar yang sudah digantung persekolahan selama enam bulan disebabkan masalah yang disiplin serius termasuk buli. "Mereka akan dihantar ke penjara, lokap polis dan Sekolah Henry Gurney (sekolah pemulihan) untuk tempoh tertentu sepanjang penggantungan, bagi melihat sendiri bagaimana pesalah lebih serius daripada mereka menjalani hukuman. "Berbekalkan pengalaman berada di tempat sedemikian, kita berharap mereka insaf, seterusnya berubah menjadi insan yang lebih baik," katanya. Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO, berkata demikian kepada pemberita selep

Penggunaan Ganja Tidak Berkesan Mengatasi Sakit dan Tekanan

Jakarta, Salah satu manfaat penggunaan ganja dalam dunia perubatan adalah membantu mengatasi kesakitan dan stres. Namun kajian terbaru dari Amerika Syarikat membantah tuntutan tersebut. Menurut US Department of Veterans Affairs, lebih daripada 80 peratus alasan seseorang menggunakan ubat ganja untuk menghilangkan rasa sakit. Sementara sebagai alasan utama, lebih daripada satu pertiga beralasan untuk merawat (post-traumatic stress disorder) PTSD. Dalam kajian yang diterbitkan dalam jurnal Annals of Internal Medicine, penyelidik mendapati 27 kajian yang mengaitkan penggunaan ganja untuk mengatasi sakit kronik. Penyelidik tidak mendapati cukup bukti bahawa ganja mengurangkan kesakitan neuropatik kronik atau saraf. Sebaliknya, penyelidik menemui bukti yang kuat untuk membuat kesimpulan bahawa penggunaan ganja dalam populasi umum meningkatkan risiko kemalangan kereta, gejala psikotik dan gangguan kognitif jangka pendek. Baca juga: Kajian Sebut Ganja Perubatan Berpeluang Jadi Ubat B