SeNtAp!!!
Realiti huffazul quran zaman sekarang. Yang kebanyakan hanya menghafal tapi langsung tak mengulang. Berkopiah tinggi melangit, berjubah berkurta ala-ala fit, menjunjung pangkat Al-Hafiz, semata-mata demi memikat hati para niqabis.
Masa Maahad dulu, bila dijemput sembahyang hajat dialah saf yang paling hadapan, bila sembahyang jenazah dialah yang paling sebak bacaan. Bila bertadarus suaranyalah yang paling membuai perasaan. Tapi dalam hatinya hanya menanti habuan wang dan makanan.
Ada pula yang istiqamah berpolitik sepenuh masa. Sanggup ponteng kelas untuk berhimpun di ibu kota. Kononnya itulah jalan jihad aku untuk membela agama. Tetapi juzuk satu masih tergagap-gagap macam Burung Kakak Tua Bangka.
Walaupun suasana Maahad sudah hilang dan banyak berbeza dengan suasana universiti yang sekarang, ini bukanlah tiket untuk kita tidak mengulang. Malulah sikit kalau sudah tak bersungguh-sungguh demi Al-Quran. Dah hafal banyak-banyak takkan nak tinggal senang-senang. Muhasabahlah diri kalau tak mampu baca Al-Quran setiap hari. Alasan masa tak mencukupi tapi scroll Instagram seminit sepuluh kali, update Facebook lima kali sehari, setiap setengah jam update story, lepak pulak sampai dua tiga pagi. Tetapi bila disuruh mengaji dikatakannya busy.
Tulisan ini bukanlah mahu mengatakan bahawa diri ini sempurna, tapi jadikanlah ia nasihat supaya kita lebih bersungguh-sungguh demi menjaga kalam-Nya. Kalau inilah realiti aku dan kamu yang dahulu, semoga bulan turunnya Al-Quran ini mengubah semangat kita yang layu menjadi baru.
Salam Nuzul Quran buat huffaz akhir zaman.

Comments
Post a Comment