Posts

Teknologi baru sedia makanan

Faizatul Farlin Farush Khan ffarlin@hmetro.com.my Wanita berwawasan ini sudah pun berjaya dalam bidang hartanah, namun sikap tidak mudah berpuas hati dan semangat mahu terus memajukan diri membawanya ke satu tahap lain dalam hidupnya. Memiliki hati berkobar-kobar untuk terus menyumbang idea inovatif demi memudahkan tugas memasak golongan ibu sepertinya, akhirnya mendorong dia memasuki industri penyediaan makanan. Perkenalan dengan dua rakan yang juga pakar dalam dunia masakan, mendorong Dwee Wai Fun, 40, atau lebih dikenali sebagai Melissa, untuk memperkenalkan teknologi terbaru penyediaan bahan makanan. Idea yang terhasil daripada perbincangan dengan rakan sekeliling dalam industri masakan, membawa kepada satu inovasi yang bukan saja mampu mengekalkan rasa asli hidangan tradisi tetapi juga bebas bahan pengawet. Menurut Pengarah Urusan SPI Manufacturing Sdn Bhd, sejak 11 tahun lalu syarikatnya berjaya menghasilkan produk makanan dalam bentuk serbuk yang memberi...

'My Local Maid' atasi pengangguran

“BUKAN untuk mencari keuntungan, sebaliknya kami ingin membantu orang susah termasuk ibu tunggal mendapatkan pekerjaan,”€ kata Wan Roslan Wan Othman yang menganjurkan Program  My Local Maid  bersama beberapa rakan dalam kalangan profesional. Menurutnya, melalui program itu, pihaknya menawarkan pekerjaan sebagai pembantu rumah secara kontrak dengan gaji antara RM1,000 hingga RM1,500 sebulan selain beberapa manfaat seperti penyediaan makan minum dan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). “œAtas kesedaran dan tanggungjawab kami untuk membantu individu tidak bekerja mendapatkan pekerjaan, kami juga masuk ke kampung-kampung menawarkan peluang ini,”€ katanya ketika dihubungi. Wan Roslan berkata, sejak program itu diperkenalkan pada Mei lalu, ramai yang sudah mendapat pekerjaan dan mengubah nasib hidup. “€œMereka adalah dalam kalangan lepasan sekolah, malah ada tidak pandai membaca. Mereka bekerja di rumah majikan di beberapa kawasan seperti di Terengganu, ...

Keusahawanan atasi pengangguran

Malaysia bakal menuju ke arah negara perindustrian menjelang 2020 yang membawa kepada perkembangan perniagaan yang begitu pesat dan penting. Ia bukan sahaja berbentuk sektor sokongan malah lebih ke arah menyediakan asas dan teknologi bagi memastikan kemajuan dalam pembangunan perusahaan yang lebih besar pada masa akan datang. Oleh itu, keusahawanan boleh menjadi satu bidang yang amat penting bagi sesebuah negara untuk menghakis budaya makan gaji dan pengangguran dalam kalangan rakyatnya. Subjek wajib Kesedaran akan kepentingan keusahawanan ini mendorong kerajaan terutama Kementerian Pengajian Tinggi, mewajibkan kursus keusahawanan sebagai subjek wajib di universiti awam (UA) sejak 2007 lagi. Dari sudut pandang seorang mahasiswa yang masih menuntut di institusi pengajian, saya amat bersetuju dan menyokong usaha dilakukan kementerian bagi melahirkan graduan yang bukan sahaja pakar dalam bidang diceburi, malah turut mahir dalam bidang keusahawanan. Umum mengetahui bahawa h...

Johor rangka pelbagai program atasi pengangguran

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan negeri menerusi Unit Swadaya Insan Negeri Johor merangka pelbagai program untuk mengurangkan pengangguran dalam kalangan belia, selain menyediakan latihan semula untuk siswazah menganggur. Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia Johor, R Vidyananthan, berkata inisiatif yang dilakukan termasuk memperkenalkan Program 'Zero to Hero' di seluruh negeri membabitkan seramai 300 belia yang tercicir dari pelajaran tetapi mempunyai nilai produktif. Katanya, program itu bertujuan mengoptimumkan guna tenaga dalam kalangan rakyat Johor, selain dapat membantu menjana ekonomi negeri menerusi pengwujudan peluang kerjaya membabitkan aspek kemahiran. "Unit Swadaya juga akan mengenal pasti siswazah menganggur lebih tiga tahun untuk dilatih semula dalam bidang yang mempunyai permintaan tinggi dalam kalangan industri seperti juru ukur bahan dan penyelia keselamatan tapak binaan. "Kita juga akan meneruskan Program Kembara Kerjaya yang...

Melahirkan belia usahawan atasi pengangguran

Isu kadar pengangguran dalam kalangan remaja di negara kita hangat diperkatakan kebelakangan ini, rentetan hasil kajian Bank Negara Malaysia (BNM) yang terkandung dalam laporan tahunan 2016. Menurut kajian itu, berdasarkan data 2015, kadar pengangguran remaja di negara ini adalah 10.1 peratus, lebih tiga kali ganda daripada kadar pengangguran secara keseluruhannya, 3.1 peratus. Isu pengangguran remaja berusia antara 15 hingga 24 tahun, bukan sesuatu yang baru dan unik dihadapi Malaysia sahaja. Permasalahan ini sebenarnya turut membelenggu negara lain. Secara amnya, kadar purata pengangguran remaja di dunia lebih tinggi berbanding kadar pengangguran rasmi di semua negara. Pengangguran remaja di dunia pada 2015 dicatatkan pada kadar purata 13 peratus. Secara perbandingan, kadar pengangguran remaja dalam kalangan negara-negara adalah tinggi. Contohnya di Afrika Selatan, kadarnya mencapai 53.3 peratus, Sepanyol (44.5 peratus), Itali (37.8 peratus), Perancis (24.6 peratus), Swed...

Program usahawan tani atasi pengangguran

MASJID TANAH: Isu pengangguran luar bandar dilihat berpotensi ditangani melalui pembabitan dalam program usahawan tani, kata EXCO Pertanian dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Hasan Abdul Rahman. Bagi tujuan itu, katanya kerajaan negeri melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bakal membincangkan secara mendalam, sekali gus menyasarkan pembabitan individu di bawah usia 40 tahun selain pelajar yang tidak berpeluang melanjutkan pengajian. "Kita mahu menjadikan pasar tani sebagai katalis perubahan dalam menangani isu pengangguran luar bandar, di mana FAMA bertindak sebagai teras kepada Program Basmi Pengangguran. Ia sekali gus membuka ruang untuk meningkatkan sumber pendapatan," katanya. Beliau berkata demikian selepas merasmikan pelancaran Pasar Tani Khas Pra Syawal di Tapak Pasar Masjid Tanah, di sini, hari ini. Hadir sama, Pengarah FAMA negeri, Mohd Nawi Othman dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Ismail Hasim. Dalam p...

Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor Tampilkan Tiga Elemen Budaya

JOHOR BARU:  Eksklusif, penuh budaya dan gilang gemilang adalah antara elemen istiadat kemahkotaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang bakal diadakan pada 23 Mac ini. Bakal menampilkan tiga jenis kebudayaan iaitu budaya Melayu, Barat dan Islam, acara itu amat dinantikan segenap lapisan rakyat Johor yang mahu melihat tradisi itu, yang sejak kali terakhir dipersembahkan 55 tahun lepas. image: http://www.mstar.com.my/lain-lain/rencana/2015/03/02/istiadat-kemahkotaan-sultan-johor/~/media/bad5e759feee4fc59b6ac91f2e35e21e.ashx?la=en Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, istiadat kemahkotaan kali ini bertempat di Bilik Singgahsana, Istana Besar, yang bakal dipertontonkan secara langsung kepada rakyat melalui RTM. "Kali terakhir istiadat kemahkotaan ini ialah bagi Almarhum Sultan Ismail pada 10 Februari 1960. Saya percaya rakyat Johor khasnya dan rakyat Malaysia menunggu untuk menyaksikan satu istiadat...