Posts

Ubat Stress Tentara Korea Selatan: Menari Balet

Image
Seoul - Setiap lelaki di Korea Selatan mesti mengikut perkhidmatan ketenteraan. Untuk mengurangkan tahap tekanan, tentera akan menari balet! Mengejar detikTravel dari Reuters pada hari Selasa (22/08/2017) Pasukan Korea Selatan di sempadan Zon Demiliterisasi (DMZ) bukanlah tentera biasa. Di samping menjaga sempadan di Semenanjung Korea, mereka mempunyai lebih banyak aktiviti yang menari balet. Sekali seminggu, askar-askar ini akan mendapat latihan tarian balet. Matlamatnya sangat mudah. "Terdapat banyak ketegangan di sini kerana kita hidup dalam unit di barisan hadapan, yang membuatkan saya merasa tidak selamat sepanjang masa," kata Kim Joo-hyeok, seorang sarjan berusia 23 tahun. Tentara yang berada di kelas balet (Kim Hong-Ji/Reuters) Kim melakukan hampir dua tahun perkhidmatan tenteranya yang wajib bagi lelaki Korea Selatan. Kelas balet ini diadakan untuk mengurangkan tahap tekanan dan tekanan sambil mengekalkan sempadan yang paling berkuasa di dunia. Tente...

Pelajar sekolah semakin stres hadapi pembelajaran

KUALA LUMPUR : Di sebalik 20 peratus pelajar yang mengalami tekanan, hakikatnya hanya 80 peratus sahaja pelajar yang mampu menangani stres pembelajaran dengan baik. Antara pendekatan yang digunakan ialah pengurusan masa yang bijak dan pemikiran positif, dimana ia mampu mengurangkan tekanan pelajar di rumah mahupun di sekolah. Setiap hari selepas persekolahan, Mohammed Mikyle, 11, akan menghabiskan kerja sekolah sebelum merehatkan minda. Mikyle yang bakal menduduki peperiksaan UPSR tahun depan mengakui sedikit tertekan .

Penyebab tekanan perasaan

Anggaran jangka hayat wanita di Malaysia ialah sekitar 76 tahun. Ini bermaksud secara umumnya wanita menghabiskan puluhan tahun jangka hayat mereka selepas tempoh menopaus. Dalam usia begini, terdapat pelbagai masalah kesihatan yang menghampiri wanita antaranya kegagalan mengawal aliran air kencing serta masalah peranakan jatuh yang kerap dialami wanita berusia. Ini diakui Pakar Perunding Sakit Puan Hospital Columbia Asia Seremban Dr Jamali Wagiman yang mengatakan hampir satu pertiga wanita berumur lebih daripada 65 tahun akan mengalami masalah ini. “Malangnya kebanyakan wanita beranggapan mereka tidak perlu mendapatkan rawatan kerana berasakan perkara ini lumrah pada usia tua. “Ini menyebabkan mereka mula mengalami tekanan perasaan, malu untuk bertemu orang ramai, hilang keyakinan diri dan seterusnya mengasingkan diri daripada masyarakat sekeliling,” katanya. Menurut Dr Jamali, kegagalan mengawal aliran kencing berlaku apabila wanita tidak lagi boleh menahan aliran ai...

Hilang stres layan karaoke

Saiful Affendy Sapran saifulaffendy@hmetro.com.my Nama Nur Eli Ellina Azmi cukup sinonim dengan aksi lincahnya di atas gelanggang gimnastik. Mewarisi minat itu daripada abang dan kakaknya, atlet elit negara berusia 21 tahun yang lebih senang disapa Eli itu kian mengukir nama di pentas antarabangsa. Namun, di sebalik aksi ‘melentik’ di atas gelanggang, Eli yang sudah berada dalam skuad kebangsaan sejak 2007, mempunyai bakat terpendam iaitu gemar menyanyi. Sudah pasti ‘destinasi’ wajib untuk seorang yang gemar menyanyi sepertinya adalah dengan mengunjungi pusat karaoke. “Sebenarnya dulu saya hanya menyanyi dalam bilik air atau di dalam kereta saja. “Tapi, saya mempunyai seorang kakak yang gila menyanyi dan kemudian minta saya temankan dia pergi ke pusat karaoke. “Bermula daripada situ saya jadikan menyanyi ini sebagai hobi,” katanya. Bagi Eli, menyanyi adalah hobi paling mudah selain dapat menghilangkan rasa tekanan sebagai seorang atlet yang sentiasa melal...

Pesan makan ikut emosi

Agensi Beijing: Peminat ayam goreng kini berpeluang memesan makanan kegemaran mereka dengan hanya melihat pada kamera. Syarikat makanan segera, KFC, memperkenalkan sistem pengenalan muka di cawangan barunya di China yang diprogramkan untuk meramalkan pesanan pelanggan selepas mengimbas muka pelanggan. Menurut laporan People’s Daily Online, mesin berkenaan menganalisis maklumat seperti jantina, umur dan emosi pelanggan sebelum mengesyorkan makanan dan minuman untuknya. Teknologi baru itu boleh diperoleh di restoran konsep KFC yang dikenali sebagai KFC Original+ di Beijing. Dengan merakam gambar muka pelanggan di depan skrin, teknologi yang digunakan membolehkan pelanggan berinteraksi menerusi emosi dan pergerakan. Ia hasil kerjasama antara KFC dan Baidu, syarikat Internet yang menguruskan laman pencarian laman web di China. Ia bagaimanapun adalah restoran kedua seumpamanya di negara itu dengan yang pertama sudah dirasmikan di Shanghai. Artikel ini disia...

Mesin jimatkan masa

Mohd Sabran Md Sani sab@hmetro.com.my Johor Bahru: Sekumpulan penyelidik Jabatan Kejuruteraan Kawalan dan Mekatronik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berjaya membangunkan mesin separa automatik mempasteur dan membungkus pes bagi skala industri kecil dan sederhana (IKS). Projek penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama enam bulan ini diterajui Penyelidik dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) , Dr Mohamad Shukri Zainal Abidin bersama pensyarah dan pelajar UTM. Dr Mohamad Shukri berkata dikenali Sistem Integrasi Pempasteuran dan Pembungkusan Pes Makanan (IPPASTE), produk inovasi itu menjimatkan masa pempasteuran dan pembungkusan pes sehingga 70 peratus berbanding kaedah manual. "Penyelidikan bagi menghasilkan mesin ini disiapkan mengikut keperluan dan spesifikasi dikenalpasti daripada usahawan IKS yang menggusahakan industri pes. "Mesin dibangunkan ini menggunakan kaedah pendidihan berganda yang dilengkapi dengan sistem pemanas elektrik dan gas...

Rasa enak, tahan lama

Aniza Zainudin anizazainudin@hmetro.com.my Idea menyajikan makanan berkualiti dan tahan lama kepada anggota keselamatan menjadi intipati kepada inovasi pembungkusan makanan menggunakan teknologi kantung retort. Penyelidikan teknologi oleh pasukan ketenteraan Amerika Syarikat bersama Reynolds Metals Company dan Continental Flexible Packaging itu dilihat sebagai penyelesaian kepada tentera dan program angkasa lepas NASA. Dianugerahkan ‘Food Technology Industrial Achievement Award’ pada 1978, teknologi ini memperkenalkan sejenis pembungkusan makanan yang melalui proses secara aseptik. Kantung retort yang memiliki ketahanan suhu mencecah 130 Celsius ini diperbuat daripada lapisan filem felksibel (flexible laminate) yang membolehkan pembungkusan disteril sekali gus mempunyai jangka hayat antara 18 bulan hingga 24 bulan. Teknologi ini dikomersialkan secara meluas oleh Jepun sebelum Dewina Food Industries Sdn Bhd menjalinkan kerjasama erat untuk melancarkan barisan pr...